Wednesday, July 27, 2011

doa jodoh

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Wednesday, July 13, 2011

julai 2011

   2.07 petang keseorangan di rumah kawan aku,aiman..lepas solat tak tahu nk buat apa..nk tido tak boleh plak..bosan juga prakikal ni..kadang2 penat kadang tak..hehe..tapi apapun hidup perlu diteruskan..aku kene la menimba ilmu lebih kalau nk masuk unv..kalau la tercapai..belajar pon tak betol..hehe..tenang betol hari ni..dengar zikir doa taubat sambil menulis..hehe..sedetik terpikir juga dalam hati aku..kalau la aku mati skrg,adakah cukup amalan aku untuk dihitungkan di padang marsya kelak..terlalu byk dosa aku dah buat..kadang menitik air mata kalau dingatkan kembali..harap diampun kan dosa2 aku ni..malu nnt bila aku jumpa idola(muhammad s.a.w) aku di marsya dlm keadaan dosa yg banyak..kawan2 bila hati nk tenang senang je..solat,bace al-quran,ingatla mati..yaallah limpahkan la rahmat mu kepada hamba mu ini..dan muslim dan muslimat...

Sunday, April 3, 2011

beriman kpdnya(allah s.w.t) baru bercinta.

Dipetik daripada buku “PSIKOLOGI CINTA” ...
Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”

ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.

Cinta Sebelum Kahwin
Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.
2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.
3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.
4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.
5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.
Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.

Cinta Selepas Bertunang
Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.
Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.

Cinta Selepas Kahwin
Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.
Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Seharusnya Cinta…
Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.
Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.
Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.
Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.

Wednesday, March 30, 2011

tiru sifat si dia.

Sungguh Beliau seorang yg lembut & penyayang.Beliau bukanlah orang yg keji(perkataan & perbuatannya)baik secara pembawaan asal ataupun usaha(membiasakan diri).& beliau juga bukanlah orang yg suka berteriak-teriak di pasar(saat Nabi berdagang).& juga Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam tidak mau membalas suatu kejahatan dengan kejahatan,akan tetapi beliau akan memaafkan(HR.Bukhari )

Sunday, March 6, 2011

copy n paste kisah cinta.harus la berani dlm percintaan.

Malam tadi, sambil rehatkan diri sempat juga aku capai satu majalah yang baru saja aku beli. Majalah tu keluaran November 2008. Aku baca satu artikel… tiba-tiba aku tersenyum keseorangan.

Berikut antara petikan yang buatkan aku tersenyum. Aku terfikir, kenapakah aku tetiba tersenyum setelah membacanya…

“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”

Tuesday, March 1, 2011

politik

kepada ahli2 politik diluar sane,hentikanlah bermusuhan sesama islam. bukankah kite 


semua saudara?? seharusnya kita cari cara macam mana nak menyatukan semua umat 


islam dan bukannya permusuhan..mungkin pendapat seorang pelajar seperti saya ramai 


yang akan kutuk..tetapi di akhirat kelak..apabila saya disoal saya boleh menjawab bahawa 


saya sudah mencuba untuk menyatukan umat islam..insyaAllah..

Monday, February 28, 2011

kelahiran idolaku


Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seoranganak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

Sunday, February 27, 2011

JIHAD

Jihad dapat berarti: 
1. berperang untuk menegakkan Islam dan melindungi orang-orang Islam; 
2. memerangi hawa nafsu; 
3. mendermakan harta benda untuk kebaikan Islam dan umat Islam; 
4. Memberantas yang batil dan menegakkan yang hak. 

Saturday, February 26, 2011

NERVOUS FIKIRKAN HARI SEMALAM

Semalam,itu yang boleh diungkapkan dalam pemikaran aku.cerita yang sangat berdekah tetapi tak boleh blaaa.
ok la aku cerita ya,korg semua sure terkejut,hahaha..menakutkan tp kelakar.
tepat pukul 1.30 pagi kot ,aku baru hbs webchat dengan org tercinta..hehe,
aku pun kunci la gate rumah sewa ni..kebetulan aku dekat rumah tinggal dua orang,yang lain semua
balik kampung.lagi dua org member aku pergi banda,ntah pergi mna ntah,merempit kot..hahaha.
lepas aku hbs webchat dgn my gf ..hahaha,& member aku yg sorang ni pun dah nk masuk
tido,masing-masing dah ngantok kan,nk masuk tido la..tiba-tiba hati ni tergerak nk kunci gate,tak
tau la kenapa..selalu mmg tak kunci coz ,member aku ag 2 org ni tak balik lg..huhu,lepas je kunci
aku duduk depan lappy sambil reply msj,hehe,bermula la adegan tak boleh blaa..hahaha..lepas je aku
bangun nk masuk bilik,ada kereta berhenti depan rumah,
ada dalam 4 org kot,diorg beri salam dekat rumah ni...
aku pun pg la depan pintu,aku tanya siapa tu??dia diam ,dia hanya beri salam.
aku jenguk la kat tingkap,makkk aiiiii lepak..BAPOK rupanya...dia ckp nk tumpang bilik air.
kepala akak dia laaa,mcm dah tak de stesen minyak je nk tumpang bilik air rumah aku..hahahhahaha.
lepas tu jantung aku berderau,aku lari pergi dalam bilik ,kejut member aku yg baru nk tido tu,dia
pun takut baii..hahahhahaha..korg bayangkan bapok dtg umah sewa aku dalam 4 org,peh mana
tak seram???bapok tu terus memekik tumpang la bilik air,tumpang la jap,dia dah tak tahan.aku dengan
member aku pun diamkan diri..aku call member2,awek aku,bthu cite ni..dyrg semua terkejut..time bapok tu tggu
kat depan,tak dapat masuk,dyrg berang ,dyrg test buka gate umah ni,nsb baek la tuhan gerakkan hati ni
tok kunci gate tu,kalau tak hbs aku..hahahhahahah.kene servis..hahaha,lepas 20 min aku diam,aku ngan
member aku jenguk la,pehh diorg dah blaaa..nsb baek dooo,aku ckp member aku..hahahahahha.pengalaman
tidak boleh dilupakan.berdekah betul la..hahahaha..nk tahu kenapa bapok tu datang tumpang bilik air???,cz masa bulan lepas dia ada lalu depan rumah aku ,masa tu aku n budak rumah tak de,dia dtg rumah member aku ,sebelah rumah je,member aku sebelah rumah ni boleh siap bg tumpang kan bilik
air,n kacau2 diorg,tu yg diorg suka..hahaha,kebetulan malanm td semua budak rumah sebelah
balik,so rumah aku plak yg kene,hahaha..begitu la cerita yg tak boleh blaaaa ni.

Wednesday, February 23, 2011

penat tak terhingga.

23/11/2011
  Hari ini aku mengeluh,penat ,penat dan penat..Tapi aku terima dugaan ni dengan sabar.
 jikalau aku tiada 1 hari nnt boleh ke korg berdikari sendiri.insyaallah korg boleh,amin.
kadang-kadang rasa lemah tu datang menyapa diri,dan boleh membuat kita tersungkur
dan tejatuh.wahai kawan-kawan ku jangan la kau bergantung kepada aku,jikalau kerja
itu berkumpulan,kita patut berusaha untuk menyelesaikan nya bersama-sama.tapi semua
menuding jari.tidak dinafikan aku pernah berada dalam kondisi malas,malahan kata-kata
motivasi pun tidak dapat menyingkap perasaan malas aku.mungkin allah ingin menjadikan
aku lebih berusaha,aku tak salahkan kau wahai kawanku.mulalah bersangka baik dengan
allah dalam apa jua perkara.yaallah jadikanla aku orang yang berguna didunia mu yaallah.amin.

Thursday, February 10, 2011

jodoh ketentuan allah s.w.t

Salam sahabat,
Jodoh itu satu ketentuan dari Ilahi,
Usahlah awak bimbang dengan ketentuan itu,
Andainya saya milik awak, saya tetap milik awak satu hari nanti,
Tapi andainya saya bukan untuk awak..
Ingat, ketentuan Allah itu terselit sejuta hikmah,
Yang lebih baik itu sedang menanti awak..
Syukran atas persahabatan ini =)

BERJAYA DIDUNIA ,IMAN,TAKWA(USAHA)

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalahiman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini.

motivasi diri.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya
adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras
dengan tindakannya.
- Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi.

Monday, January 31, 2011

jangan mencintai seseorang dengan berlebihan

Cintailah orang yang anda senangi dengan sederhana,

mungkin 1 hari nanti kita akan membencinya.

Dan bencilah orang-orang yang kamu tidak senangi

dengan sederhana,mungkin 1 hari nanti anda akan

menyukai dan mencintai nya.

keterangan ayat diatas jangan la kita mencintai seseorang dengan berlebih-lebihan,kerana ia akan mungkin
mewujudkan perasan benci,dan janganlah kita membenci seseorang itu dengan sepenuh hati,mungkin ia
lah manusia yang anda cintai.dengan itu mencintai seseorg hendaklah bersederhana kerana jodoh semua ditangan tuhan.Cintailah yang maha esa dan rasulnya muhammad terlebih dahulu,sebelum mencintai orang lain.

kata kata hikmah dariku khairy kassim

jika hari ini kita terhantuk jgn tgu esok untuk terngadah,
jika kita rasa hari ini hidayah allah datang merasapi ke dalam jiwa,
jgn tgu esok untuk perubahan bermula,
kita takut esok tiada lg hidayah itu sampai kepada diri kita,
dan kita bimbang semangat untuk berubah tidak akan tiba,
allah s.w.t telah banyak memberi pilihan kepada kita kearah jalan kebaikan,
tetapi kita menjadi buta kerana dunia,
jangan la kita mengejar dunia kerana akhirat akan memangil2 kita,
jika kita mengejar akhirat dunia akan memanggil2 kita untuk nikmat2 keindahan dunia.
ruang-ruang kosong untuk kebaikan banyak terbuka dan menanti,
jadi demi untuk menjadi seseorang yang disegani perlulah menyucikan hati yang mendung bak awan yg gelora,
berani mengejar cita-cita untuk menjadi seorang anak islam yang berjaya.

Wednesday, January 26, 2011

peringatan

Abu Hurairah r.a.: Rasulullah Saw. bersabda, "Orang Mukmin yang paling
sempurna adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik
di antara kalian adalah yang paling baik perlakuannya kepada perempuan."(Hadist riwayat At-Tirmidzi)

Tuesday, January 25, 2011

hari membara

Rabu,26/01/2011..hari ini ,hari paling malang..

hari ini juga ,aku kene dipermainkan.

hari ini juga aku malu kerna diaibkan dengan rakan ku.

cerita bermula,aku on9 fb dirumah jiran,then aku

terlupa nk logout.then aku kene game.

so kalau ada statement fb yang aku buat dalam

keadaan tidak senonoh dats mean aku kene game.

rasa mcm nk bergaduh,tapi dia saudara islam ku.

jadi ingatla ajaran islam itu,jangan la kita bergaduh

sesama muslim.

Monday, January 17, 2011

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan


 agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” 


(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).copy paste sebagai peringatan memilih wanita.

Saturday, January 15, 2011

Mungkin ke??

Sabtu 16/01/2011,Mungkin ke???itulah perkara yang bermain didalam pemikiranku.Mungkin ke aku dapat 


yang ku inginkan.Jawapannya masih tertanya-tanya.Dengan ada usaha mungkin aku akan dapat.Mungkin adalah


satu perkataan yang memberi banyak maksud.Jadi mungkin kita boleh merubah perkataan ini,merubah ia 


menjadi nyata.Dan delete istilah ini dalam pemikiran ku.Dengan tiada ayat ini kita akan merasakan 


kejayaan akan datang menghampiri.Jadi akhir kata dari saya,percaya la kepada diri sendiri,dari semua 


segi.Dan jangan anda putus berdoa kepada yang maha esa,dengan adanya usaha dan doa it is more blessed.

Monday, January 10, 2011

2.18 a.m

Rasa macam nk tulis something.tapi bila dah sign in blog,hilang semua benda yang nk tulis tu.Malam ni aku layan lagu haunt you everyday from weezer.Kalau korg nk layan search kat youtube rite.Maksud lagu ni sungguh mendalam.

Saturday, January 8, 2011

aku khairy kassim.

nama:mohmad khairy kassim
tarikh lahir:20.8.1990
place town:batu pahat
nama bapa:kassim hj ali
nama ibu:rosmawati binti harun
idola:nabi muhammad s.a.w
cita-cita:kontraktor clas A
status:single
mission dlm blog:berkongsi bersama rakan2 ttg agama islam.

fikirkan untuk esok.

Apabila esok menjelma apakah akan anda lakukan wahai kawan2 ku.Tanamkan dalam hati anda' apakah yang disukai oleh allah s.w.t,nabi muhammad s.a.w dan para malaikat'.????dari sudut itu kita sudah boleh fikirkan perkara baik yang perlu dilakukan.Come on my man n my gurl jangan la fikir cinta je..sayang sane sayang sini..sayang tuhan kamu dahulu n nabi kamu adalah sangat penting.Blog yang aku buat ni bukan la untuk menunjukan aku seorang yang fasih ttg agama n belagak.Blog ini untuk pengajaran kpd diriku dan peringatan kpd ku.hari2 aku baca blog aku n aku nk kongsi dengan saudara2 islam.selamat membaca.

Thursday, January 6, 2011

cinta lah nabi muhammad s.a.w..renungkan lah.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning,
burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah
dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada
dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah
kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku.
Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak
orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang
tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar
adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas
panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah
datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"
keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai
menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali
dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan
goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat
yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Telah Sampai Waktunya....
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih
tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan
keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi
alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru
mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak
mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah
yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani
ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru
sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah
menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah
bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah,
dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan
pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun
menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi
Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit
dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril,
jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan
suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat
telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, "
kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya
masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya
Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan
khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman
kepadaku: ''Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad
telah berada di dalamnya," kata Jibril.


Saat Perpisahan bagi Seorang Kekasih....
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan
tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah
bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit
sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali
yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya
Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup,
melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian
terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan
dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak
membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis
shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah shalat dan peliharalah
orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar
bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di
wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah
yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku,
umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad
wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar
timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya,

Seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.

Yg baik datang dari NYA dan yg salah serta silap datang dari hambamu. Amin....

Selawat dan salam ke atas junjungan Kekasih Allah